Terima Kasih

Welcome to my blog. Leave a comment here. Thank You

Ahad, 4 November 2012

PENULISAN BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN 1

Bahagian A

Lengkapkan ayat di bawah .

  • mematuk
  • memberi
  • meragut
  • menyudu
  • melompat

1 .  Ayam sedang _______ cacing di atas tanah .

2 .  Itik sedang ______ makanan di dalam kolam .

3 .  Lembu sedang ______ rumput di tengah padang .

4 .  Burung sedang ______ makanan kepada anak-anaknya .

5 .  Katak sedang ______ ke dalam kolam . 




Bahagian B

Lengkapkan petikan di bawah .

  • tamat
  • hari sukan
  • mengibarkan 
  • pertama
  • datang
  • gamat
  • murid
  • kedua
  • Acara
  • padang
          Sekolah Kebangsaan Taman Hati telah mengadakan [1] ______ . Semua murid berkumpul di [2] ______ . Acara olahraga sedang berlangsung di padang . Beberapa orang [3] ______ sedang berlumba lari . Iman , Ain dan Husna turut serta dalam acara ini . Suasana menjadi [4] ______ apabila para peserta menghampiri garisan penamat . Para penyokong bersorak dan bertepuk tangan . Ada penyokong yang [5] ______bendera rumah masing - masing . Ibu bapa juga turut [6] ______ memberi sokongan . 
          Dalam acara ini , Ain telah mendapat tempat [7] ______ .Iman menduduki tempat [8] ______ manakala Husna tempat ketiga . [9] ______ lain yang dipertandingkan ialah lompat tinggi dan lompat jauh . Rumah sukan yang menjadi juara ialah Rumah Wonderful . Temasya sukan [10] ______ pada pukul 6.30 petang . 




Bahagian C

Lengkapkan petikan di bawah dengan pengajaran yang sesuai . Gunakan perkataan yang diberi . 

  • tugasan harian
  • bersih dan kemas
  • menghias kelas
  • kebersihan kelas
  • membuang sampah
Sekolah Kebangsaan Sinaran Cahaya akan mengadakan Minggu Kebersihan . Cikgu Masia memberi nasihat kepada murid - muridnya supaya menjaga kebersihan walau di mana berada .
          Cikgu Masia juga mengingatkan murid - muridnya supaya menjaga kebersihan kelas serta memastikan kelas berada dalam keadaan kemas . Cikgu Suhaili pula berpesan kepada murid - muridnya agar mematuhi jadual waktu tugasan harian . Buanglah sampah sarap ke dalam tong sampah . Kemudian , hiasilah kelas dengan lukisan atau gambar yang menarik .

1 .  Kita hendaklah menjaga _______________ . 

2 .  Kita perlulah memastikan kelas sentiasa _______________ .

3 .  Kita mestilah mematuhi jadual waktu _______________ yang telah digunakan .            

4 .  Kita mestilah _______________ ke dalam tong sampah . 

5 .  Kita seharusnya _______________ dengan lukisan atau gambar yang menarik . 

3 ulasan:

  1. Terima kasih kerana blog ini membantu saya mencari soalan bahasa malaysia tahun 1 .

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ, Muzamir Iman, nanti saya tambah lagi soalan-soalan yang pelbagai untuk rujukan.

      Padam
  2. Latihan penulisan yang bagus tanpa memerlukan thesis helper malaysia.

    BalasPadam

Leave a comment if you want