Terima Kasih
Ahad, 2 Disember 2012
Rabu, 28 November 2012
KAJIAN TINDAKAN - MASALAH TULISAN TAHUN 1
PENGENALAN
1.0 DEFINISI KAJIAN
TINDAKAN
Menurut Marion Dadds dalam bukunya
yang bertajuk Passionate Enquiry and School Development: A Story About Teacher
Action Research, definisi kajian tindakan bermaksud sesuatu yang berorentasikan
kepada perubahan, berorentasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan
menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian.
Paradigma kajian tindakan ialah usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena
atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri (Bassey, 1990).
Kajian tindakan juga adalah merupakan
satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui
perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia
untuk mengubah amalan-amalannya. Usaha guru untuk
memperbaiki pengajaran mereka secara sistematik melalui kitaran yang melibatkan
proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi (Kember & Gow,
1992). Kajian di dalam bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi
membolehkan mereka meneroka isu-isu pengajaran bagi menambahbaikkan amalan
tersebut (Cochran-Smith Lytle, 1990).
Kajian tindakan juga
adalah satu kajian yang sistematik oleh sekumpulan guru untuk mengubah dan
memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan mereka sendiri serta refleksi
terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut (Ebbut, 1985). Satu pendekatan
untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk mengubah (McNiff,
1988).
2.0 KAJIAN TINDAKAN
MENGKAJI PUNCA MASALAH
TULISAN TIDAK KEMAS
2.1 REFLEKSI
Masalah tulisan yang tidak
kemas bagi beberapa orang pelajar Tahun 1 menyebabkan hasil tulisan tidak boleh
dibaca, mengandungi banyak kesalahan bentuk-bentuk huruf, tidak meletakkan
tanda baca di tempat yang betul dan menulis perkataan bercampur huruf besar dan
huruf kecil.
2.2 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Saya mendapati beberapa
orang pelajar LINUS dan LINUS TEGAR mengalami masalah tulisan. Tulisan
pelajar-pelajar ini tidak kemas, bengkang-bengkok, tidak menulis mengikut
garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz antara perkataan tidak sama.
Tulisan pelajar-pelajar ini sukar dibaca. Antara gaya penulisan yang sering
didapati di kalangan pelajar-pelajar ialah cara memegang pensel yang tidak
betul, kedudukan tangan dan buku yang tidak betul, dan cara duduk yang tidak
betul. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar ini akan membentuk tulisan yang
tidak betul seperti saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara
perkataan yang tidak sesuai, tidak dapat menulis perkataan dengan betul dan
tidak meletakkan huruf besar dan tanda baca di tempat yang betul.
2.3 OBJEKTIF KAJIAN
2.3.1 Objektif Am
Kajian ini dilaksanakan
bertujuan mengkaji punca masalah tulisan yang tidak kemas beberapa orang murid
LINUS dan LINUS TEGAR. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah
penulisan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang menunjukkan mereka kurang
peka terhadap kepentingan bentuk-bentuk huruf semasa menulis. Tulisan
pelajar-pelajar ini tidak kemas, bengkang-bengkok dan tidak boleh dibaca, tidak
menulis mengikut garisan yang terdapat dalam buku latihan, saiz antara
perkataan tidak sama, menulis perkataan tidak dijarakkan dan menulis perkataan
bercampur huruf besar dan huruf kecil
2.3.2 Objektif Khusus
Kajian ini bertujuan untuk
membantu pelajar-pelajar menulis melalui peringkat-peringkat penulisan dalam
mata pelajaran bahasa Malaysia iaitu aktiviti pratulisan, peringkat mekanis dan
peringkat pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa
pelajar-pelajar disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis
huruf-huruf dengan betul dan kemas. Peringkat kedua ialah peringkat pratulisan
iaitu dengan melakukan beberapa aktiviti berkaitan seperti cara memegang pensel
dengan betul, kedudukan tangan dan buku dengan betul, cara duduk yang betul. Peringkat
ketiga ialah peringkat menulis untuk pelahiran, iaitu setelah pelajar-pelajar
menguasai penulisan mekanis, pelajar-pelajar akan digalakkan melahirkan fikiran
mereka secara bertulis.
2.4 KUMPULAN SASARAN
5 orang pelajar LINUS
7 orang pelajar LINUS TEGAR
2.5 PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian tindakan ini
melibatkan empat fasa iaitu fasa tinjauan masalah, fasa analisis tinjauan
masalah, fasa tindakan dan fasa refleksi. Kajian ini dijalankan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran setiap hari.
2.6 TINJAUAN MASALAH
2.6.1 Teknik Mengumpul Data
Terdapat beberapa teknik
pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data deskriptif yang lebih
menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini. Untuk tujuan tersebut,
tiga teknik utama yang biasa digunakan dalam kajian tindakan ini iaitu:
(1) Pemerhatian
Untuk mengkaji dan
memahami proses yang berlaku di dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan
teknik berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya
melihat, mendengar memerhati dan bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat serta
untuk memahami apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian
hubungan saya dan pelajar-pelajar dapat dirapatkan.
(2) Temubual
Saya juga menggunakan
teknik temubual. Temubual melibatkan komunikasi dua hala di antara pelajar dan
guru serta guru dan guru. Saya menemubual pelajar-pelajar terlibat dan
guru-guru mata pelajaran untuk mendapatkan maklumat.
(3) Bukti Dokumen
Data
juga diperolehi melalui dokumen. Pengumpulan data daripada dokumen ini
membolehkan saya menambah, membandingkan dan memperkukuhkan lagi data-data yang
diperolehi daripada teknik pemerhatian dan teknik temubual. Dokumen ini
dianalisis untuk melihat bentuk,
pola dan trend yang
berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kreadibiliti teknik
temu bual dan pemerhatian. Dokumen yang dimaksudkan ialah hasil kerja pelajar.
(4) Teknik Menganalisis
Data
Data yang diperolehi iaitu
hasil kerja pelajar-pelajar dianalisis untuk mengetahui bentuk tulisan yang
tidak boleh dibaca.
2.7 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
2.7.1 PRATULISAN
Peringkat pertama iaitu
pratulisan adalah tempoh masa pelajar-pelajar disediakan dengan aktiviti
menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan betul dan kemas. Dalam
tempoh masa ini, latihan otot-otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan
mata dilaksanakan dalam kalangan pelajar-pelajar dari awal-awal lagi. Bagi
membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan
jelas, pelajaran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak
daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang terbentuk bebas.
Latihan-latihan
pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan
pergerakan tangan terlebih dahulu seperti menggerakkan jari di atas garisan
atau corak yang dilakarkan pada kertas, menggerakkan jari di udara, di atas
meja atau lantai, di atas pasir atau tanah tanpa menggunakan alat tulis dengan
membentuk corak atau huruf-huruf yang ditentukan. Tujuannya supaya
pelajar-pelajar dapat menguasai gerak tangan dan jari yang bebas untuk menulis
dengan selesa dan sempurna. Di samping itu juga, pelajar-pelajar boleh
melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengurut
jari, meramas-ramas jari, mengoyang-goyangkan jari dan sebagainya. Setelah mahir
dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar diperkukuhkan lagi dengan melakukan
latihan-latihan pergerakan mata dengan melakukan beberapa pergerakan yang
melibatkan koordinasi mata dan tangan. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan
ialah latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan,
latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan gambar berbentuk mudah dari
kiri ke kanan atau kanan ke kiri, seterusnya membentuk corak-corak gabungan
antara bulatan dan garis lurus secara bebas. Bahasa bertulis memerlukan
perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis atau dalam fikirannya. Perihal
menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran
adalah terlalu sukar,
dengan sebab itu, maka usaha pengajaran permulaan penulisan biasanya terlalu
susah walaupun pelajar-pelajar tidak mengalami kesukaran dalam membentuk huruf.
2.7.2
TULISAN MEKANIS
Peringkat kedua ialah
peringkat tulisan mekanis iaitu dengan melakukan beberapa aktiviti berkaitan
seperti cara memegang pensel dengan betul, kedudukan tangan dan buku dengan
betul, cara duduk yang betul. Di samping itu,
pelajar-pelajar akan diarahkan menyambung garisan-garisan putus yang
membentuk huruf-huruf, menconteng secara bebas, membentuk secara bebas, melukis
dan mewarna. Pelajar-pelajar diarahkan membentuk huruf di dalam kertas kosong
yang tidak mempunyai sebarang garisan, menulis huruf di atas satu garisan,
menulis huruf di atas dua garisan dan menulis huruf di atas tiga garisan. Bagi
membentuk tulisan yang betul, tiga garisan digunakan sepenuhnya termasuk membuat
latih-tubi tulisan. Seterusnya pelajar-pelajar akan diarahkan menulis perkataan
dari bawah ke atas. Cara penulisan ini akan menambahkan tumpuan atau fokus pada
hasil kerja mereka. Aktiviti ini juga akan memperlahankan tangan dan menambah
tumpuan untuk membentuk huruf yang betul dan kemas.Pelajar-pelajar akan
diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Selain
daripada itu, pelajar-pelajar boleh menekap dan menulis mengikut urutan huruf
yang ditetapkan, kemudian, pelajar-pelajar diarahkan memadan dan menyalin dua
suku kata supaya menjadi perkataan bermakna, menulis huruf yang tertinggal di
dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin
perkataan dan ayat-ayat yang mudah.
2.7.3
PERINGKAT PELAHIRAN
Peringkat
ketiga ialah peringkat menulis untuk pelahiran, iaitu setelah pelajar-pelajar
menguasai penulisan mekanis, pelajar-pelajar akan digalakkan melahirkan fikiran
mereka secara bertulis. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan ialah menulis
berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan
ayat-ayat dengan perkataan,, dan membina perenggan ayat. Selain daripada itu, aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan
adalah seperti mengisi teka silang kata,
mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai
kata yang sesuai dan menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.
Seterusnya, aktiviti seperti memanjangkan ayat dengan menambahkan rangka kata
yang sesuai juga boleh dilakukan, membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita,
menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapan
kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis
karangan daripada tajuk yang disediakan.
2.8 REFLEKSI KESELURUHAN
Setelah semua aktiviti dijalankan mengikut langkah yang telah
ditetapkan, pencapaian pelajar-pelajar dapat dilihat. Pelajar-pelajar memahami
konsep kepentingan bentuk sesuatu tulisan. Pelajar-pelajar yang dibimbing
berjaya mengubah tulisan sedikit demi sedikit. Hasilnya 5 pelajar LINUS berjaya
menulis dengan betul, teratur dan kemas, manakala pelajar LINUS TEGAR
pencapaian mereka di peringkat sederhana.
2.9
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya, saya mencadangkan untuk mengajar
tulisan mengikut tiga peringkat iaitu pratulisan, tulisan mekanis dan tulisan
pelahiran.
3.0
RUMUSAN
Untuk melakukan kajian
tindakan tidak semestinya dengan adanya masalah. Dalam mengenalpasti masalah
kajian tindakan, apa-apa idea atau isu pun boleh digunakan tetapi ia hendaklah
sesuatu yang bertujuan untuk penambahbaikan, contohnya berkaitan dengan
perkembangan sekolah, pencapaian sekolah, misi sekolah atau mengenai
perkembangan percapaian diri dan juga profesion perguruan.
Selain daripada untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran, untuk mengenalpasti masalah,
idea-idea atau isu-isu hendaklah dicatat terlabih dahulu tetapi isu-isu yang
dipilih hendaklah bukan sesuatu isu yang memang tidak boleh diubah, contohnya
isu buku teks dalam tempoh yang singkat dan sebagainya. Isu yang dipilih
hendaklah spesifik dan dalam skop yang kecil sahaja.
Permasalahan kajian
tindakan ini juga boleh dikenalpasti melalui refleksi yang dilakukan di dalam
bilik darjah. Apabila terdapat sesuatu isu yang difokuskan, guru hendaklah
mengemukakan soalan-soalan bagi tujuan penyelesaian masalah tersebut.
Walaubagaimana pun, guru boleh melakukan hipotesis jika terdapat isu yang lebih
spesifik yang telah dikenalpasti.
membuat hipotesis
seterusnya melakukan kajian tindakan untuk menilai kebenaran hipotesis
tersebut.
PENGAJARAN MAKRO
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENGAJARAN
MAKRO
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Mata pelajaran :
Bahasa Malaysia
Kelas : 1 Intelek
Masa :
8.15 – 8.45
Topik : Perkataan (suku kata KV + KVKK)
Tema : Benda maujud
Bidang pembelajaran :
Membaca dan menulis
Objektif
pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran
murid-murid dapat:
1. Mengeja dan membaca perkataan
KV+KVKK dengan
sebutan yang betul.
2. Membina dan menulis perkataan daripada suku kata
KV+KVKK dengan betul.
Hasil
pembelajaran : Murid-murid berupaya memahami dan menyatakan
fungsi dan membaca perkataan KV+KVKK dengan
sebutan yang betul.
Pengetahuan sedia
ada : Murid-murid boleh
mengeja, menyebut, membunyikan
dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata
KVKK.
KBKK
: Pembelajaran kontekstual
Nilai murni : Menghargai
Bahan media : (a)
Rujukan : Modul guru literasi
(b) Alat : Benda maujud
(c) Bahan : Kad gambar, kad perkataan , kad ayat
Lembaran kerja
Pendekatan
pengajaran : Berpusatkan murid
Perkembangan
|
Kandungan/
Konsep
|
Proses
pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Fasa
1
Permulaan
Set
Induksi
(
3 minit )
|
Dengar
Faham
Sebut
|
1.
Guru membunyikan suku kata yang mengandungi KVKK.
Contoh:
cing, lang, sing, rung
2.
Guru meminta murid menamakan dan meneka perkataan (benda) yang mempunyai
bunyi akhir suku kata KVKK.
Contoh:
lang, sing, cing
3.
Guru memperkenalkan tajuk (kemahiran) iaitu perkataan dan objek yang
mengandungi suku kata KV+KVKK.
|
Benda
maujud
Lalang
Terung
Sarung
Gasing
|
Fasa
2
Perkembangan
(
5 minit )
|
Teliti
Sebut
Faham
|
1.
Murid menyebut benda maujud yang ditunjukkan secara kelas, kumpulan dan
individu.
2.
Guru menunjukkan gambar dan murid menamakan gambar.
3.
Bersoaljawab berdasarkan gambar.
|
Benda
maujud
Kad
gambar
|
Fasa
3
Penerangan
(
7 minit )
|
Sebu
Eja
Baca
|
1.
Murid menunjukkan gambar yang disebut oleh guru di hadapan kelas.
2.
Murid lain mengeja dan menyebut gambar.
3. Murid diminta memadankan gambar dengan
perkataan.
4.
Murid memadankan gambar, mengeja dan membunyikan perkataan secara kelas dan
individu.
|
Kad
gambar
Kad
perkataan
|
Fasa
4
(
5 minit )
|
Eja
Baca
|
1.
Guru menunjukkan kad ayat dan membimbing murid membaca secara kelas, kumpulan
dan individu.
2.
Guru membimbing murid membina ayat.
3.
Murid menyusun kad perkataan menjadi ayat yang betul.
|
Kad
ayat
|
Fasa
5
Pentaksiran/
penilaian
(
7 minit )
|
Tulis
|
1.
Guru mengedarkan lembaran kerja.
·
Murid LINUS melengkapkan huruf
dengan berpandukan gambar.
·
Murid PERDANA memadankan gambar
dengan perkataan.
|
Lembaran
Kerja
|
Fasa
6
Penutup
(
3 minit )
|
1.
Guru membuat rumusan dengan bersoal jawab mengenai tajuk.
|
SET INDUKSI - 10 KEMAHIRAN MAKROPENGAJARAN
REFLEKSI
PENGAJARAN MAKRO
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan
set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang
dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ea Ah Meng (1987) menyatakan set
induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar
anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orentasi prapengajaran.
Mok Song Sang pula mentakrifkan set
induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran di mana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran
fikiran serta menimbulkan minat pelajar-pelajar supaya mereka dapat memusatkan
perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga
definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara
memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran sangat penting
kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam
fikiran pelajar-pelajar mengenai bahan-bahan pengajaran yang hendak
disampaikan. Sementara itu, guru juga perlu menimbulkan minat dan menggerakkan
para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta
kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
You Tube :
Makro Pengajaran Bahasa Malaysia Tahun 1
Set
Induksi 15 minit
|
KELAS
|
1 Bistari
|
BILANGAN
MURID
|
30 Orang
|
TEMA
|
Keluarga
|
TAJUK
|
Kereta Bistari
|
NAMA
GURU
|
Cikgu Norhayati Binti Khushimohud
|
NAMA
SEKOLAH
|
SK. Pekan, Kapit, Sarawak
|
Tayangan dalam you tube, makro
pengajaran bahasa Malaysia Tahun 1 oleh Cikgu Norhayati dalam set induksinya
menunjukkan prinsip bermakna iaitu berkaitan dari segi minat, pengalaman,
kebolehan dan umur. Kereta kecil berwarna merah yang ditunjukkan oleh Cikgu
Norhayati sememangnya memperlihatkan bukti pelajar-pelajar Tahun 1 sangat
berminat terutamanya disebabkan benda maujud seperti alat permainan dijadikan
bahan set induksi. Solan-soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Norhayati mengenai
kereta kecil tersebut berlaku dalam kehidupan seharian pelajar-pelajar. Contoh
soalan Cikgu Norhayati ialah:
1. Apakah warna kereta ini?
2. Siapakah yang selalu memandu kereta
kamu?
3. Apakah perasaan kamu apabila
menaiki kereta?
4. Apakah jenis kereta ayah kamu?
Soalan-soalan ini juga berkaitan
dengan pengalaman, kebolehan dan umur pelajar-pelajar. Sesi soal jawab yang
dilakukan oleh Cikgu Norhayati menyeronokan dan menimbulkan rasa ingin tahu
pelajar-pelajar.
Tajuk pelajaran bahasa Malaysia yang
diajar oleh Cikgu Norhayati iaitu “Kereta Kecil” sangat berkaitan dengan dengan
set induksi benda maujud kereta kecil warna merah. Isi dan objektif pelajaran
juga mempunyai perkaitan dengan set induksi.
Dalam mewujudkan motivasi dan
memastikan pelajar-pelajar bersedia untuk belajar, Cikgu Norhayati menyebarkan
soalan secara kelas, kumpulan dan individu bagi membuktikan pelajar-pelajar
telah bersedia untuk meneruskan pelajaran dengan senang dan mudah.
Sebelum menyanyi lagu
kereta merah, Cikgu Norhayati mengukuhkan kemahiran membaca pelajar-pelajar
dengan aktiviti eja, sebut dan baca secara kelas. Aktiviti menyanyi dan
melakukan sedikit pergerakan sangat-sangat menarik minat dan memotivasikan
pelajar-pelajar untuk menyediakan mereka ke arah
langkah perkembangan pelajaran dan merangsang pelajar-pelajar terhadap isi
pelajaran keseluruhan.
Set induksi yang kreatif dan menarik
seperti yang dilakukan oleh Cikgu
Norhayati akan menunjukkan kesan-kesan positif dalam pembelajaran mereka.
Pelajar-pelajar akan bermotivasi tinggi dan mereka akan bersemangat untuk
belajar dengan lebih tekun lagi. Di samping itu, perhatian pelajar-pelajar terhadap pelajaran akan lebih baik dan ia
akan memudahkan pembentukan konsep. Pelajar-pelajar akan berusaha ke arah
jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. Pembelajaran akan
lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru
dengan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dan naluri ingin tahu
pelajar-pelajar akan dapat dipenuhi. Set induksi yang menarik juga akan mencorakkan
interaksi dua hala, guru dan pelajar akan sentiasa berubah-ubah. Ini akan
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan.
Secara tuntasnya, guru mesti melakukan
pelbagai aktiviti dalam kemahiran set induksi dengan tujuan untuk menarik minat
pelajar, memotivasikan pelajar dan merangsang pelajar untuk melibatkan diri
secara aktif sehingga ke akhir pengajaran. Set induksi ini juga boleh dilakukan
dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, membuat beberapa kejutan,
menunjukkan gambar, memperdengarkan bunyi dan sebagainya. Sekiranya set induksi
dilakukan dengan jayanya, saya pasti guru akan dapat mencapai objektif
pengajaran dan pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran pembelajaran
sepenuhnya.
KONSEP TATABAHASA DAN KESALAHAN TATABAHASA
PENGENALAN
Bahasa
adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata
dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimah yang mempunyai makna
tersendiri. Bahasa juga mempunyai pelbagai definisi seperti 1 satu
sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan. 2 Satu
peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep kepada pemikiran orang lain.
3 Satu kesatuan sistem bermakna. 4 Satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk
membezakan antara bentuk dan makna. 5 Satu ucapan yang menepati
tatabahasa yang telah ditetapkan dan 6 satu sistem pertuturan yang
dapat difahami oleh masyarakat linguistik.
Menurut
Kamus Dewan (1998), mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang-lambang bunyi
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Bahasa erat kaitannya dengan manusia, manusia menggunakan bahasa sebagai alat
komunikasi. Menurut beberapa pengkaji bahasa seperti Wilhelm Von Humboldt
seorang sarjana Jerman, mendefinisikan
bahasa sebagai sintesis bunyi, Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik
Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat, F.
Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviorisme, iaitu sistem
tabiat-tabiat sangat rumit, John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut
linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan
bunyi dan Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang
pertuturan yang arbituari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.
HURAIAN KONSEP TATABAHASA
Tatabahasa
merupakan bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan
ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.
Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai
makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.
Menurut Abdullah Hassan dalam
Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008),Tatabahasa merupakan susunan perkataan
yang menjadi ayat. Cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam
ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan
itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana cara perkataan itu bercantum membentuk
frasa dan ayat.
Kajian tentang bidang tatabahasa
dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi
bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Contoh pembentukan kata
ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan
awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan kata ialah perbincangan
tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat
perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai
sintaksis. Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu
morfologi dan sintaksis.
Morfologi
Menurut Asmah Hj Omar (1993),
morfologi didefinisikan sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan
hubungan antara morfen-morfen dan varian morfen. John T. Jensen (1995)
mentakrifkan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman perkataan.
Abdullah Hassan (2005) menyatakan bahawa mofologi sebagai bidang linguistik
yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur
yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk
perkataan yang dihasilkan, manakala Nik Safiah Karim et al. (2008), menjelaskan
morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang menjadi struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Kamus Linguistik (1997) mendefinisikan bahawa morfologi
ialah cabang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata.
Kesimpulan daripada pendapat tokoh-tokoh bahasa tersebut, morfologi ialah ilmu
yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata
Berikut
penjelasan mengenai ilmu morfologi iaitu:
i. Struktur kata
Struktur
kata ialah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang
bermakna.
Berdasarkan
contoh di atas, kata pemantauan adalah bunyi ujaran
atau ejaan yang berada dalam susunan atau struktur yang betul. Manakala ejaan anmantaupe merupakan struktur
yang salah dan tidak bermakna.
ii.Bentuk kata
Bentuk
kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tungal atau mengalami proses
pengimbuhan dan pemajmukan.
Berdasarkan
contoh di atas, kata main tidak
mengalami apa-apa perubahan bentuk. Ini
dinamakan sebagai bentuk tunggal. Kata bermain merupakan bentuk
kata yang telah menerima imbuhan iaitu imbuhan ber-. Oleh yang demikian, kata
yang menerima apa-apa imbuhan dinamakan sebagai bentuk terbitan. Seterusnya,
bentuk main-main
adalah bentuk gandaan iaitu kata dasar
digandakan bagi menunjukkan perubahan makna. Akhir sekali, kata main mata
adalah gabungan dua kata iaitu main dan mata yang membawa satu makna yang
baharu. Bentuk dua kata yang hadir serentak seperti main mata dinamakan sebagai
bentuk majmuk.
iii.Penggolongan kata
Penggolongan kata merupakan
penjenisan kata berasaskan fungsi tatabahasa. Terdapat empat golongan kata
iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Contoh:
Berdasarkan contoh di atas,
perkataan bulan, Iman, kedai adalah merujuk kepada nama-nama benda dan ke semua tersebut
digolongkan sebagai kata nama.
Perkataan baca, menari, tidur merupakan kata yang merujuk kepada perbuatan dan ke semua
perkataan tersebut digolongkan sebagai kata
kerja. Seterusnya kata rindu, sakit, merah adalah kata kerja merujuk kepada
sifat, oleh yang demikian kata tersebut digolongkan sebagai kata adjektif. Akhir sekali, kata tugas yang berfungsi dalam ayat seperti di rumah, akan datang dan sangat comel.
Unit-unit morfologi
Terdapat dua unit morfologi iaitu
morfen dan kata. Menurut Asmah Hj. Omar (1993), morfen ialah unit nahu yang
terkecil yang mempunyai makna dan terletak pada tingkat paling bawah dalam
skala tetingkat nahu. Morfen boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu morfen bebas dan morfen terikat. Morfen
terikat pula dibahagikan kepada tiga jenis iaitu morfen terikat satuan, morfen terikat
terbahagi dan morfen terikat kompleks..
Kata
boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan.
Sintaksi
Sintaksis
berasal daripada perkataan Yunani iaitu sun yang bermaksud “dengan” dan tattein
yang membawa erti “menempatkan bersama-sama”. Dengan demikian, sintaksis dapat
diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi
kelompok kata atau ayat”. Kata suntattein kemudian menjadi istilah syntexis
dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah
sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
atau konstruki ayat. Dengan lebih jelas lagi, sintaksis ialah ilmu mengkaji
ayat.
i.Binaan ayat
Secara
umumnya sebuah ayat mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu subjek iaitu
pelaku, dan satu predikat iaitu cerita. Nik Safiah Karim et. al (2009) dan
Abdullah Hassan (2006) menyatakan subjek ialah konstituen sama ada terdiri
daripada satu perkataan atau beberapa perkataan frasa nama atau yang berfungsi
sebagai frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Subjek
lazimnya adalah perkara yang diceritakan dan terdiri daripada manusia, benda,
tempat atau perkara. Unsur-unsur subjek boleh terdiri daripada frasa nama, kata
ganti nama, frasa kerja yang berkuasa nama dan frasa adjektif yang berkuasa
nama.
Predikat
pula menurut Nik Safiah Karim el.al (2009) adalah merujuk kepada kumpulan
perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan
subjek. Oleh itu, predikat merupakan bahagian ayat yang menceritakan perkara
tentang manusia, benda , tempat atau perkara yang dinyatakan dalam subjek.
Predikat juga terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa sendi.
Contoh:
Bil
|
Subjek
|
Predikat
|
1
|
Iman
|
seorang doktor FN
|
2
|
Husna
|
mencuci pinggan FK
|
3
|
Rumah itu
|
sangat cantik FA
|
4
|
Hadiah itu
|
daripada ayah FS
|
ii.Pola
ayat dasar
Ayat
dasar atau ayat inti ialah ayat yang menajdi asas pembentukan semua ayat lain.
Ayat dasar terhasil melalui gabungan dua frasa. Frasa ialah urutan penempatan
jenis kata dalam ayat. Binaan frasa terdiri sekurang-kurangnya satu perkataan
yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar.
Ayat
majmuk
Tatabahasa
terdiri daripada dua skop bidang utama iaitu morfologi yang mengkaji pelbagai
jenis perkataan seperti struktur ayat, bentuk ayat dan golongan kata. Sintaksis
pula menkaji pelbagai perkataan seperti binaan ayat, pola ayat dasar,
jenis-jenis ayat, ragam ayat dan ayat majmuk.
ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN
TATABAHASA OLEH MURID DI DALAM BILIK DARJAH.
Bahasa
merupakan medium yang penting untuk berhubung sesama manusia. Tanpa bahasa,
adalah mustahil bagi komunikasi dua hala berlaku. Bagi memastikan mesej yang
hendak disampaikan dapat difahami oleh si penerima, bahasa yang digunakan
hendaklah betul. Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara.
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di kebanyakan sekolah dan institusi
pengajian tinggi, serta menjadi bahasa pentadbiran negara dan bahasa
perhubungan. Tetapi didapati para pelajar banyak menggunakan konsep tatabahasa
yang tidak sesuai atau kurang tepat.
A. Kesalahan dari segi kata
1. Kata ganti diri
a.
Kata
beliau
tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati, kanak-kanak dan haiwan.
Contoh: Aiman
dihukum. Beliau ponteng sekolah. (salah)
Aiman dihukum. Dia ponteng
sekolah. (betul)
b. Kata
dia dan ia tidak boleh digunakan untuk haiwan dan benda.
Contoh: Baju
ini mahal. Dia diimport dari Perancis. (salah)
Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Perancis.(betul)
c. Kata kami bermaksud “ saya dan dia”. Kita bermaksud “ anda dengan kami”,
“anda dengan saya”.
Contoh: “Kami
mesti memenangi perlawanan ini,” kata Ain kepada Aina. (salah)
“Kita mesti memenangi perlawanan ini, “ kata Ain kepada Aina. (betul)
d. Kata
mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
Contoh: Buku-buku ini tebal. Mereka Fikry baca.
(salah)
Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Fikry baca. (betul)
e.
Kata
mereka tidak boleh diulang.
Contoh: Mereka-mereka yang dilanda banjir berada dalam
keadaan sihat. (salah)
Mereka yang dilanda banjir berada dalam keadaan sihat. (betul)
f. Kata ganti ia dan nya tidak boleh
digabungkan.
Contoh:
Kucing itu mati kerana ianya sakit. (salah)
Kucing itu mati kerena ia / dia
sakit. (betul)
2. Kata
bilangan
a. Kata bilangan seperti
setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh
disingkatkan.
Contoh: tiap orang (salah)
tiap-tiap orang (betul)
kedua orang tua (salah)
kedua-dua orang tua (betul)
b. Kata
bilangan tentu
seperti satu dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata
bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk perhitungan.
Contoh: dua
setengah meter (salah)
dua meter setengah (betul)
3. Penjodoh
bilangan
a.
Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan
kata bilangan, tetapi ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
Contoh:
setiap orang murid (salah)
setiap murid (betul)
segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)
b.
Penjodoh
bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
Contoh:
beberapa buah usul (salah)
beberapa usul (betul)
pelbagai bentuk teguran (salah)
pelbagai teguran (betul)
4. Kata sendi
a. Kata dari digunakan untuk tempat dan
waktu. Kata daripada digunakan untuk
orang.
Contoh:
Nurul datang daripada Lahad Datu. (salah)
Nurul datang dari Lahad Datu. (betul)
Fizie terima surat dari Elly. (salah0
Fizie terima surat daripada Elly. (betul)
b. Kata di
digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang,
benda abstrak dan benda konkrit tertentu.
Contoh: Di
musim rambutan, Soleh mendapat banyak wang. (salah)
Pada musim rambutan, Soleh mendapat banyak wang. (betul)
Anne berkebun pada belakang rumah. (salah)
Anne berkebun di belakang rumah. (betul)
Buku cerita itu ada dengan Solehah. (salah)
Buku cerita itu ada pada Solehah. (betul)
5. Kata
kerja
a. Kata kerja transitif terbahagi
kepada:
·
Kata
kerja yang berawalan meN… (melukis, membaca)
·
Kata
kerja yang berapitan men….kan (menyanyikan, membesarkan0
·
Kata
kerja yang berawalan meng…i (membanjiri, menghadiahi)
·
Kata
kerja yang berawalan memper… (memperdaya, memperole)
·
Kata
kerja yang berapitan memper…kan (memperhatikan, mempergunakan)
·
Kata
kerja yang berapitan memper…i (memperbaharui, memperhalusi)
Semua kata kerja
transitif mesti berawalan meN…kecuali makan, minum, minta, mohon.
Contoh: buang
sampah (salah)
membuang
sampah (betul)
Kata kerja
transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya mesti
digunakan dengan berhati-hati.
Contoh: Hakim
menjatuhkan hukuman kepada penjenayah itu. (salah)
Hakim menjatuhi hukuman kepada penjenayah itu. (betul)
b. Kata kerja tak transitif terbahagi
kepada:
·
Kata
kerja asal seperti ada, bangun, duduk
·
Kata
kerja berawalan beR… (beradu, beroda)
·
Kata
kerja berapitan ber…an (berdekatan, berguguran)
·
Kata
kerja yang berapitan ber…an (berpandukan, berlandaskan)
·
Kata
kerja yang berawalan meN… (melompat, mendarat)
·
Kata
kerja yang berawalan teR… (tertidur, terjatuh)
Kata kerja tak
transitif yang berawalan beR, meN dan teR, tidak boleh digugurkan awalannya.
Contoh: Tanya
kepada Umi. (salah)
Bertanya kepada Umi. (betul)
Jangan lompat. (salah)
Jangan melompat . (betul)
6. Kata hubung
a. Kata
hubung selalu tidak digunakan dengan tepat akibat tidak memahami cara
penggunannya.
Contoh: Budak
itu cantik kerana sombong. (salah)
Budak itu cantuk tetapi sombong. (betul)
Lia bangun tetapi memberikan jawapan. (salah)
Lia bangun lalu memberikan jawapan. (betul)
b.
Kata
hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu
merupakan kata tanya.
Contoh: Nora
termenung bila menerima berita itu. (salah)
Nora termenung apabila menerima berita itu. (betul)
Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. (salah)
Pandai-pandailah menjaga diri apabila berada di negeri orang. (betul)
B. Penggunaan kata yang tidak tepat
a. Adakah digunakan untuk
mendapat jawapan ya atau tidak.
Apakah
digunakan untuk mendapat jawapan mengenai nama haiwan, benda dan perbuatan.
Contoh:
Apakah benar kata-katamu itu? (salah)
Adakah benar kata-katamu itu? (betul)
b. Boleh
lebih
tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat
lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan dan kemampuan.
Contoh:
Syaviellya tidak boleh pergi ke sekolah kerana demam. (salah)
Syaviellya tidak dapat pergi ke sekolah kerana demam. (betul)
c. Bukan digunakan
apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa nama menjadi
predikat.
Contoh: Basikal
ini bukan mahal. (salah)
Basikal ini tidak mahal. (betul)
d. Kata pedalaman bermaksud kawasan yang jauh, manakala kata pendalaman membawa maksud usaha
mendalamkan.
Contoh: Beberapa
kawasan pendalaman di Sabah sukar dihubungi. (salah)
Beberapa kawasan pedalaman di Sabah sukar dihubungi. (betul)
Pedalaman dasar sungai Kinabatangan akan dijalankan. (salah)
Pendalam dasar sungai Kinabatangan akan dijalankan. (betul)
C. Kesalahan dari segi frasa
a. Frasa nama (bentuk jamak dan hukum DM)
i. Bentuk jamak dapat dinyatakan
melalui:
1.
Pengulangan kata nama seperti guru-guru,
murid-murid, pekerja-pekerja (contoh).
ii. Jika kata bilangan yang membawa makna
jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu
diulang.
2.
Pengulangan kata bilangan seperti dua biji
telur, semua murid, para pendidik (contoh).
iii. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah
membawa maksud jamak, maka kata nama tidak perlu diulang.
3.
Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik,
rajin-rajin, cantik-cantik (contoh).
iv. Hukum DM ialah hukum tentang menyusun
kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.
. D bererti unsur yang diterangkan.
M bererti unsur yang menerangkan
Contoh:
lain-lain hal (salah)
hal-hal lain (betul)
Mus Kedai Roti (salah)
Kedai Roti Mus (betul)
goreng pisang (salah)
pisang goreng (betul)
b. Frasa Adjektif
i. Frasa adjektif ialah kata adjektif
atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan
dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
ii. Frasa adjektif sebagai predikat ayat
boleh disertakan kata penguat seperti amat, sangat dan paling.
iii. Kata adjektif yang berawalan teR.. boleh
bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh: Bangunan itu tertinggi. (salah)
Bangunan itu paling tinggi. (betul)
iv. Apabila kata
adjektif berawalan teR..digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak
diperlukan.
Contoh:
Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. (salah)
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. (betul)
v. Kata penguat
tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekaligus.
Contoh: Budak
itulah yang paling nakal sekali. (salah)
Budak itulah yang paling nakal. (betul)
vi. Frasa
adjektif mesti diikuti oleh frasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.
Contoh: Ayah
tidak suka duriain. (salah)
Ayah tidak suka akan durian. (betul)
c. Frasa
kerja transitif
i. Frasa kerja
transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta
frasa nama sebagi objek kepada kata kerja transitif.
ii. Di antara
kata kerja transitif dengan frasa nama sebagi objek itu, kata-kata lain tidak
boleh disisipkan.
Contoh:
Beliau turut menyentuh tentang perkara itu. (salah)
Beliau turut menyentuh perkara itu. (betul)
d. Frasa kerja
tak transitif
i. Frasa kerja
tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa
objek.
ii. Frasa kerja tak transitif boleh juga terdiri
daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja transitif sebagai kata
utamanya.
iii. Kata kerja
tak transitif yang berapitan ber…kan mestibdiikuti oleh frasa nama untuk dapat
membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
Contoh:
berlandaskan pada undang-undang (salah)
berlandaskan undang-undang (betul)
berbantalkan dengan lengan (salah)
berbantalkan lengan (betul)
d. Frasa kerja
pasif
Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang
bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.
i. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa
yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan meN… tetapi didahului
oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebaginya.
Contoh:
diambil olehku (salah)
kuambil (betul)
ii. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang
terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan meN… tetapi didahului oleh
kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebaginya.
Contoh:
ditanya oleh anda (salah)
anda tanya (betul)
ii. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa
yang terdiri daripada kata kerja berawalan di.. serta diikuti oleh frasa sendi
( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
Contoh:
beliau tulis (salah)
ditulis oleh beliau (betul)
B. Kesalahan
dari segi struktut ayat
a. Ayat
gabungan
Contoh: Hadiah
ini untuk Iman bukan Aiman. (salah)
Hadiah ini untuk Iman bukan untuk Aiman. (betul)
b. Ayat
pancangan
Contoh: Rumah
itu di atas bukit tidak ada penghuninya. (salah)
Rumah
di atas bukit itu tidak ada penghuninya. (betul)
c. Ayat
tergantung
Contoh: Kerana
hal itu akan dibencangkan. (salah)
Hal itu akan dibincangkan. (betul)
RUMUSAN
Penggunaan tatabahasa
yang tidak betul menyukarkan pelajar berkomunikasi atau menulis dengan baik.
Dalam pembelajaran tatabahasa, pelajar harus mempelajari tatabahasa dengan memikirkan
bahawa pembelajaran paradigma, pola, rajah-rajah tertentu sebagai tujuan
pembelajaran itu sendiri, maka itulah yang dikuasai oleh pelajar. Sekiranya
mereka mempelajari segala rumusan tatabahasa, pola dan paradigm-paradigma
tersebut dengan maksud untuk menyampaikan pemikiran dan mesej dengan memilih
kata nama, kata kerja atau kata sifat tertentu, maka pelajar akan dapat
mempelajari dan menggunakan tatabahasa dengan betul.Pembelajaran bahasa
perlulah mencari satu sistem tatabahasa yang dapat menjelaskan struktur bahasa
supaya pelajar dapat menggunakan tatabahasa untuk menghasilkan ujaran sendiri. Selain daripada itu, pengetahuan
mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik. Pelajar yang dapat
mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujah-hujah di dalam bahasa yang
rapi. Kefahaman tatabahasa juga membolehkan pelajar bertutur dengan lancer,
terang dan mudah difahami. Kefahaman tatabahasa juga membolehkan pelajar dapat
memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan
menganalisis kedudukannya dan membolahkan pelajar menentukan sama ada sesuatu
ayat itu betul atau tidak mengikut rumus tatabahasa.
Langgan:
Catatan (Atom)